Wednesday, June 15, 2005

Canadian GP Review

Image hosted by Photobucket.com
Kimi diapit oleh Schumacher dan Barrichello ketika meraikan kemenangan sulungnya di Canadian GP

Kimi Raikkonen telah berjaya merangkul kemenangan ke-3nya untuk musim 2005 apabila memenangi Canadian GP pada hari Ahad lepas. Kemenangan Raikkonen ini dilihat kembali memberikan saingan kepada pendahulu kutipan mata kategori pemandu ketika ini iaitu Fernando Alonso.

Litar di Canada adalah merupakan antara litar yang boleh dikatakan selalu terjadinya pelbagai insiden membabitkan kemalangan. Namun begitu, dengan tahap keselamatan yang amat tinggi pada sukan Formula 1 ketika ini, kemalangan yang berlaku jarang membawa akibat yang serius kepada pemandu. Daripada senarai 20 pemandu formula 1 ketika ini, kali terakhir salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang agak serius adalah pada tahun 1999 apabila Michael Schumacher telah patah tulang kakinya di litar Silverstone. Namun, kecederaan Michael tidak lebih dari sekadar patah tulang kaki di mana beliau berjaya kembali meneruskan saingan musim itu setelah diganti oleh Eddie Irvine untuk beberapa GP sahaja.

Characteristic litar Canada ini juga yang amat memberi tekanan pada enjin dan brek memperlihatkan hanya 11 pemandu berjaya menamatkan perlumbaan setelah pemandu² lain mengalami pelbagai masalah atau kemalangan. Antara yang menjadi mangsa pada kali ini termasuklah kedua-dua pemandu Renault, Fernando Alonso dan Giancarlo Fisichella. Alonso menerima akibat setelah sedikit terbabas dan melanggar dinding konkrit dengan tayar belakangnya yang seterusnya telah menyebabkan sistem suspensi pada tayar tersebut mengalami kerosakan. Fisichella pula yang pada satu ketika sedang mendahului perlumbaan, telah mengalami masalah hidraulik.

Image hosted by Photobucket.com
Kemalangan kereta Button memerlukan penggunaan safety-car supaya keretanya diangkat keluar dengan tidak membahayakan pemandu lain

Juan Pablo Montoya dari pasukan McLaren Mercedes pada awalnya dilihat mampu memberi saingan untuk memenangi Canadian GP ini. Namun apabila beliau gagal memahami arahan dari pasukannya supaya membuat hentian pit setelah safety car memimpin perlumbaan akibat dari kemalangan Jenson Button, nasib Montoya mula tidak menyebelahinya. Apabila Montoya akhirnya berjaya ke pit untuk mengisi minyak, beliau telah tidak mengendahkan lampu merah pada laluan keluar dari pit. Mengikut undang², laluan keluar dari pit ditutup ketika safety car sedang melintasi laluan lurus yang selari dengan pit untuk memastikan keselamatan. Akibat dari itu, Montoya telah dikenakan black flag iaitu arahan untuk masuk ke pit kerana perlumbaannya telah dibatalkan.

Setelah beberapa pemandu front-runners satu demi satu terkeluar daripada saingan, Michael Schumacher dan Rubens Barrichello akhirnya berjaya menduduki tempat ke-2 dan ke-3. Ternyata Ferrari dan Bridgestone masih belum dapat satu formula untuk menyaingi pasukan² seperti McLaren dan Renault, bersama pembekal tayar mereka, Michelin. Tempat ke-2 dan ke-3 untuk pasukan Ferrari tidak menggambarkan kebangkitan sebenar mereka namun begitu, kejayaan Barrichello untuk mencapai podium apabila bermula dari pitlane adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Kemenangan Raikkonen pada kali ini boleh juga dikatakan agak bernasib baik apabila 3 pelumba di hadapannya satu demi satu terkeluar daripada saingan. Namun begitu, race pace Raikkonen agak baik di sepanjang perlumbaan dan beliau sentiasa berada pada kelompok hadapan bersama² dengan 2 pelumba Renault dan rakan sepasukannya. Pada perlumbaan terdahulu di Nurburgring, nasib ternyata tidak menyebelahi Raikkonen apabila dia mengalami kemalangan tatkala pesaing utamanya memenangi perlumbaan. Perkara sebaliknya telah berlaku di Canadian GP ini apabila Raikkonen menang dan merapatkan dirinya dari segi kutipan mata dengan Fernando Alonso yang gagal menamatkan perlumbaan.

Image hosted by Photobucket.com
Raikkonen hanya perlu memandu sepantas mungkin sambil tidak lupa mengikut prosedur perlumbaan untuk akhirnya menjuarai Canadian GP

Perlumbaan seterusnya akan diadakan di litar Indianapolis dalam perlumbaan US GP hujung minggu ini. Saingan yang harus diberi tumpuan pastinya di antara Fernando Alonso dan Kimi Raikkonen di samping rakan pasukan masing² yang juga mampu memberi saingan sengit.


Keputusan akhir:

1 - Kimi Raikkonen (McLaren-Mercedes)
2 - Michael Schumacher (Ferrari)
3 - Rubens Barrichello (Ferrari)
4 - Felipe Massa (Sauber-Petronas)
5 - Mark Webber (Williams-BMW)
6 - Ralf Schumacher (Toyota)
7 - David Coulthard (Red Bull Racing)
8 - Christian Klien (Red Bull Racing)

------------------------------------------------

Kedudukan Mata (Pemandu)

1 Fernando Alonso(Spanish) - Renault = 59
2 Kimi Raikkonen(Finnish) - McLaren-Mercedes = 37
2 Jarno Trulli(Italian) - Toyota = 27
4 Nick Heidfeld(German) - Williams-BMW = 25
5 Michael Schumacher(German) - Ferrari = 24
6 Mark Webber(Australian) - Williams-BMW = 22
7 Rubens Barrichello(Brazillian) - Ferrari = 21
8 Ralf Schumacher(German) - Toyota = 20

------------------------------------------------

Kedudukan Mata (Pengeluar)

1 Renault = 76
2 McLaren-Mercedes = 63
3 Williams-BMW = 47
3 Toyota = 47
5 Ferrari = 45
6 Red Bull Racing = 22
7 Sauber Petronas = 12

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

nampak sngt mark webber masa dia team Minardi dgn alex yoong tu kete yg x power...
tapi as for alex yoong tu mmg dia yg x power...bukan salah kereta..

jazz my tot :-)

17/6/05 2:35 PM  
Blogger Mika said...

yup chevy. keter minardi memang tak power. diorang takdek budget. alex yoong sebab diorang rush dia cepat sgt. patut cari experience lagi kat formula lain. anyway thanks for dropping by :)

20/6/05 1:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mika bila nak update F1 yg lepas tu...6 pasukan je yg lumba..ampeh betul..
Tadi aku dgr kat radio yg tak participate tu nak kene saman + ada 3 audience pun nak saman they all gak..macam2 ada..macam astro gak

22/6/05 2:24 PM  
Blogger waiem said...

WORLDDD!!!

24/6/05 10:10 PM  
Anonymous Anonymous said...

Click here to learn more about beetle sale volkswagen

23/10/05 8:02 PM  
Blogger aidid said...

Hepi new year Lan. mmuahz diri sendri yer.:D

3/1/06 10:07 AM  
Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site... buspar aula facial Horatio alger house 4 year old birthday party games jenna jameson webpages accutane online pharmacy ritalin+research accutane Types of internet advertising ploys Ice machine for soda Arkansas bextra

5/3/07 9:45 PM  

Post a Comment

<< Home