Wednesday, November 14, 2007

Jom Heboh

Lawa tak baju baru Mila

Hai semua.
Mila happy sangat sebab dapat buat show di Miri, Sarawak.Pertama kali Mila ikut Jom Heboh. Memang best!!


Kak Pah bagi macam-macam nasihat kat Mila! Terima kasih Kak Pah

Mila lalui pengalaman baru & Mila bangga membawa nama AF di Jom Heboh...

Pertama kali Mila jumpa kak Pah (dato' Sharifah Aini,Fiq,Faizal Tahir & ramai lagilah.


Tengok Mila berposing dgn kak Pah

Memang best.Yelah kalau dulu Mila tengok jom heboh di tv3 tapi sekarang Mila sendiri buat show untuk Jom Heboh.

Pose special dengan Hazami & Jac


Faizal Tahir pun ada!

Walaupun penat tapi Mila puas hati kerana penonton yang hadir terlalu happening dan best giler.Ramai org yang datang. Mila dengar ada yang datang dari Brunei. Wah memang best n Mila nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan jom heboh dan juga kepada semua peminat2 yang turun ke Miri hari tu.


Salam sayang buat semua....


Wednesday, June 15, 2005

Canadian GP Review

Image hosted by Photobucket.com
Kimi diapit oleh Schumacher dan Barrichello ketika meraikan kemenangan sulungnya di Canadian GP

Kimi Raikkonen telah berjaya merangkul kemenangan ke-3nya untuk musim 2005 apabila memenangi Canadian GP pada hari Ahad lepas. Kemenangan Raikkonen ini dilihat kembali memberikan saingan kepada pendahulu kutipan mata kategori pemandu ketika ini iaitu Fernando Alonso.

Litar di Canada adalah merupakan antara litar yang boleh dikatakan selalu terjadinya pelbagai insiden membabitkan kemalangan. Namun begitu, dengan tahap keselamatan yang amat tinggi pada sukan Formula 1 ketika ini, kemalangan yang berlaku jarang membawa akibat yang serius kepada pemandu. Daripada senarai 20 pemandu formula 1 ketika ini, kali terakhir salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang agak serius adalah pada tahun 1999 apabila Michael Schumacher telah patah tulang kakinya di litar Silverstone. Namun, kecederaan Michael tidak lebih dari sekadar patah tulang kaki di mana beliau berjaya kembali meneruskan saingan musim itu setelah diganti oleh Eddie Irvine untuk beberapa GP sahaja.

Characteristic litar Canada ini juga yang amat memberi tekanan pada enjin dan brek memperlihatkan hanya 11 pemandu berjaya menamatkan perlumbaan setelah pemandu² lain mengalami pelbagai masalah atau kemalangan. Antara yang menjadi mangsa pada kali ini termasuklah kedua-dua pemandu Renault, Fernando Alonso dan Giancarlo Fisichella. Alonso menerima akibat setelah sedikit terbabas dan melanggar dinding konkrit dengan tayar belakangnya yang seterusnya telah menyebabkan sistem suspensi pada tayar tersebut mengalami kerosakan. Fisichella pula yang pada satu ketika sedang mendahului perlumbaan, telah mengalami masalah hidraulik.

Image hosted by Photobucket.com
Kemalangan kereta Button memerlukan penggunaan safety-car supaya keretanya diangkat keluar dengan tidak membahayakan pemandu lain

Juan Pablo Montoya dari pasukan McLaren Mercedes pada awalnya dilihat mampu memberi saingan untuk memenangi Canadian GP ini. Namun apabila beliau gagal memahami arahan dari pasukannya supaya membuat hentian pit setelah safety car memimpin perlumbaan akibat dari kemalangan Jenson Button, nasib Montoya mula tidak menyebelahinya. Apabila Montoya akhirnya berjaya ke pit untuk mengisi minyak, beliau telah tidak mengendahkan lampu merah pada laluan keluar dari pit. Mengikut undang², laluan keluar dari pit ditutup ketika safety car sedang melintasi laluan lurus yang selari dengan pit untuk memastikan keselamatan. Akibat dari itu, Montoya telah dikenakan black flag iaitu arahan untuk masuk ke pit kerana perlumbaannya telah dibatalkan.

Setelah beberapa pemandu front-runners satu demi satu terkeluar daripada saingan, Michael Schumacher dan Rubens Barrichello akhirnya berjaya menduduki tempat ke-2 dan ke-3. Ternyata Ferrari dan Bridgestone masih belum dapat satu formula untuk menyaingi pasukan² seperti McLaren dan Renault, bersama pembekal tayar mereka, Michelin. Tempat ke-2 dan ke-3 untuk pasukan Ferrari tidak menggambarkan kebangkitan sebenar mereka namun begitu, kejayaan Barrichello untuk mencapai podium apabila bermula dari pitlane adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Kemenangan Raikkonen pada kali ini boleh juga dikatakan agak bernasib baik apabila 3 pelumba di hadapannya satu demi satu terkeluar daripada saingan. Namun begitu, race pace Raikkonen agak baik di sepanjang perlumbaan dan beliau sentiasa berada pada kelompok hadapan bersama² dengan 2 pelumba Renault dan rakan sepasukannya. Pada perlumbaan terdahulu di Nurburgring, nasib ternyata tidak menyebelahi Raikkonen apabila dia mengalami kemalangan tatkala pesaing utamanya memenangi perlumbaan. Perkara sebaliknya telah berlaku di Canadian GP ini apabila Raikkonen menang dan merapatkan dirinya dari segi kutipan mata dengan Fernando Alonso yang gagal menamatkan perlumbaan.

Image hosted by Photobucket.com
Raikkonen hanya perlu memandu sepantas mungkin sambil tidak lupa mengikut prosedur perlumbaan untuk akhirnya menjuarai Canadian GP

Perlumbaan seterusnya akan diadakan di litar Indianapolis dalam perlumbaan US GP hujung minggu ini. Saingan yang harus diberi tumpuan pastinya di antara Fernando Alonso dan Kimi Raikkonen di samping rakan pasukan masing² yang juga mampu memberi saingan sengit.


Keputusan akhir:

1 - Kimi Raikkonen (McLaren-Mercedes)
2 - Michael Schumacher (Ferrari)
3 - Rubens Barrichello (Ferrari)
4 - Felipe Massa (Sauber-Petronas)
5 - Mark Webber (Williams-BMW)
6 - Ralf Schumacher (Toyota)
7 - David Coulthard (Red Bull Racing)
8 - Christian Klien (Red Bull Racing)

------------------------------------------------

Kedudukan Mata (Pemandu)

1 Fernando Alonso(Spanish) - Renault = 59
2 Kimi Raikkonen(Finnish) - McLaren-Mercedes = 37
2 Jarno Trulli(Italian) - Toyota = 27
4 Nick Heidfeld(German) - Williams-BMW = 25
5 Michael Schumacher(German) - Ferrari = 24
6 Mark Webber(Australian) - Williams-BMW = 22
7 Rubens Barrichello(Brazillian) - Ferrari = 21
8 Ralf Schumacher(German) - Toyota = 20

------------------------------------------------

Kedudukan Mata (Pengeluar)

1 Renault = 76
2 McLaren-Mercedes = 63
3 Williams-BMW = 47
3 Toyota = 47
5 Ferrari = 45
6 Red Bull Racing = 22
7 Sauber Petronas = 12

Tuesday, May 31, 2005

F1 - European GP Review

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan biasa pada perlumbaan European GP baru² ini

Satu perlumbaan yang penuh aksi sehinggalah ke penghujungnya. Itulah yang dapat disimpulkan daripada European GP kali ini. Ramai pemandu yang gagal mengawal kereta mereka dan terbabas di luar litar. Ada yang menerima akibat daripada situasi itu, ini termasuklah, favaourite untuk memenangi perlumbaan tersebut, Kimi Raikkonen.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah kegagalan setiap pasukan dan pembekal tayar untuk meramalkan cuaca dan suhu pada hari perlumbaan. Perlumbaan² sebelum ini di Germany kebiasaannya berlaku pada suhu yang agak rendah - bawah dari 20ºC. Namun apa yang berlaku adalah cuaca yang agak panas. Suhu pada hari kelayakan hampir menyamai suhu hari perlumbaan di litar Sepang iaitu lebih dari 30ºC dan suhu permukaan litar pula lebih dari 45ºC.

Suhu di hari perlumbaan agak rendah sedikit tetapi masih lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Pada permulaan perlumbaan boleh dikatakan tiada masalah yang timbul. Setelah perlumbaan masuk ke separuh yang terakhir, satu demi satu pelumba mula mengalami masalah berkaitan grip kereta. Tayar mereka ternyata sukar untuk mencengkam dengan baik. Kimi Raikkonen dan Fernando Alonso adalah antara pelumba favourite dari Michelin yang terbabas. Juara dunia 7 kali, Michael Schumacher juga tidak terlepas dari masalah tersebut.


Image hosted by Photobucket.com
Raikkonen mengaku mampu bertahan untuk memandu hingga tamat, namun keretanya ternyata tidak mampu berbuat demikian

Namun dari ketiga-tiga pelumba tersebut, ternyata Kimi Raikkonen paling kurang bernasib baik apabila tayarnya mengalami kerosakan yang agak teruk akibat daripada keretanya terbabas ke luar garisan perlumbaan. Dia mengalami masalah cengkaman yang serius sehinggakan pada satu masa tayar depannya telah terkunci ketika membrek dengan kuat di hujung laluan lurus menghala ke selekoh pertama. Akibat daripada itu, tayarnya makin rosak teruk dan akhirnya sistem suspensinya berkecai kerana gegaran terlampau akibat dari tayar yang rosak. Ia berlaku ketika perlumbaan berada pada pusingan terakhir. Apa yang lebih malang ialah ketika itu dia sedang menuju untuk mencapai kemenangan ketiga berturut² pada musim ini.

Apa yang dilihat nasib malang buat Raikkonen ternyata satu anugerah pula untuk pendahulu kutipan mata kategori pemandu ketika ini, Fernando Alonso. Alonso juga kelihatan mengalami masalah dengan tayarnya tetapi tidak seteruk Raikkonen. Beliau yang berada pada kedudukan kedua pada ketika itu terus menjadi juara European GP dan terus mengukuhkan reputasinya untuk menjadi juara dunia kategori pemandu dengan saingan terdekatnya, Raikkonen, gagal mengutip sebarang mata. Michael Schumacher juga kelihatan sukar untuk menghalang Alonso pada musim ini. Tetapi apa sahaja boleh berlaku. Seperti yang diketahui, Ferrari dan McLaren adalah dua pasukan yang mampu untuk sentiasa memberi pembaharuan pada kereta mereka sehinggalah ke akhir musim. Renault pada kebiasaanya akan kekal pada sumber yang ada pada mereka pada pertengahan musim dan hanya membuat sedikit pengubahsuaian di mana perlu.

Pujian juga harus diberikan pada Nick Heidfeld yang telah mengejutkan ramai pihak apabila menduduki tempat ke-2 pada dua GP berturut². Ramai yang berpendapat Mark Webber adalah merupakan pemandu yang lebih baik dari rakan sepasukannya di Williams-BMW itu namun Heidfeld telah berjaya membuktikan mereka adalah salah pada ketika ini.


Image hosted by Photobucket.com
Kepuasan terpancar di wajah Fernando Alonso yang mendahului pesaing terdekatnya dengan 32 mata

Agak menarik pada tahun ini kita dapat saksikan banyak pasukan yang mampu untuk menduduki tempat di podium. Ferrari pula masih lagi bergelut untuk mendapatkan rentak. Ramai menyangka pasukan sebesar nama Ferrari pasti tidak akan mengambil masa yang lama untuk keluar daripada masalah namun nyata ia tidaklah semudah yang disangka. Adakah era Ferrari akan berakhir? Ada terdengar ura² Michael Schumacher mula mendesak Ferrari untuk mendapatkan kontrak Michelin untuk perlumbaan musim depan atau dia akan berhenti daripada menjadi pemandu pasukan dari Itali itu. Mungkin juga Schumacher akan terus bersara dari dunia Formula 1. Namun begitu, podium untuk Rubens Barrichello mungkin menandakan 'Si Gergasi' akhirnya sedang mula bangkit dari tidur. Walaupun Alonso hampir mencapai gelaran juara dunia, namun perlumbaan formula 1 musim ini ternyata penuh dengan pelbagai aksi dan kejutan. Perlumbaan seterusnya ialah di Montreal, Canada yang akan berlangsung pada hujung minggu depan.

Keputusan akhir:

1 - Fernando Alonso (Renault)
2 - Nick Heidfeld (Williams-BMW)
3 - Rubens Barrichello (Ferrari)
4 - David Coulthard (Red Bull Racing)
5 - Michael Schumacher (Ferrari)
6 - Giancarlo Fisichella (Renault)
7 - Juan Pablo Montoya (McLaren-Mercedes)
8 - Jarno Trulli (Toyota)

------------------------------------------------

Kedudukan Mata (Pemandu)

1 Fernando Alonso(Spanish) - Renault = 59
2 Kimi Raikkonen(Finnish) - McLaren-Mercedes = 27
2 Jarno Trulli(Italian) - Toyota = 27
4 Nick Heidfeld(German) - Williams-BMW = 25
5 Mark Webber(Australian) - Williams-BMW = 19
6 Giancarlo Fisichella(Italian) - Renault = 17
6 Ralf Schumacher(German) - Toyota = 17

------------------------------------------------

Kedudukan Mata (Pengeluar)

1 Renault = 76
2 McLaren-Mercedes = 53
3 Toyota = 44
4 Williams-BMW = 43
5 Ferrari = 31
6 Red Bull Racing = 19
7 Sauber Petronas = 7

Friday, May 27, 2005

European GP Preview

Image hosted by Photobucket.com
Wajah M.Schumacher ketika berjalan utk menghadiri meeting dgn pembekal tayar mereka, Bridgestone

Hujung minggu ini akan berlangsung pula Formula 1 European GP di Nurburgring, Germany. Kalendar F1 tahun ini menyaksikan jadual perlumbaan yang agak ketat di mana kadang-kala akan adanya 2 perlumbaan dalam tempoh 2 minggu berturut². Perlumbaan kali ini dikatakan akan dikuasai oleh pasukan McLaren Mercedes khususnya Kimi Raikkonen yang baru saja memenangi GP Monaco pada minggu lalu. Ini berdasarkan kereta McLaren MP4-20 nya yang dilihat serasi dengan hampir semua jenis litar setakat ini. Litar² yang menyaksikan penguasaan MP4-20 dan Raikkonen adalah seperti di Imola, Barcelona dan Monaco. Walaupun di Imola Raikkonen tidak menamatkan perlumbaan, namun dia dapat menguasai sesi kelayakan dan mendahului perlumbaan sebelum keretanya mengalami masalah teknikal. Litar di Barcelona pula menyaksikan Raikkonen mendominasi dari sesi kelayakan hinggalah perlumbaan di mana dia mendahului pelumba² lain begitu jauh sehinggakan setelah dia melakukan pit-stop, dia masih lagi keluar dan berada di hadapan. Situasi yang sama juga berlaku pada perlumbaan minggu lepas di litar Monaco.

Apa yang menarik, ketiga² litar tersebut adalah amat berlainan dari segi characteristic nya. Sebagai contoh, litar Imola mementingkan kereta yang mempunyai enjin yang berkuasa kerana terdapat banyak laluan lurus dan selekoh² laju. Litar Barcelona pula amat mementingkan aerodinamik kereta kerana mempunyai kombinasi selekoh² pantas, perlahan dan juga berliku² selain juga mementingkan top speed di laluan lurusnya. Litar Monaco pula memerlukan kereta yang mempunyai mechanical grip yang bagus kerana ia adalah litar yang perlahan dan banyak selekoh² yang diambil pada kelajuan yang paling rendah. Kelebihan aerodinamik tidak banyak membantu di litar ini. Traction juga penting untuk memecut kereta keluar dari selekoh² yang banyak terdapat di litar Monaco ini.


Image hosted by Photobucket.com
Muka Anakin(kiri) dan Fernando Alonso(kanan) apabila aku combine menampakkan keserasian. Adakah Alonso juga akan terpedaya dgn 'the dark side'?

Berdasarkan kelebihan² tersebut, tidak hairanlah McLaren adalah merupakan pasukan yang dalam keadaan on-form pada ketika ini. Namun begitu, pasukan Ferrari sebenarnya pasukan yang bakal memberi saingan sengit pada tahun ini. Ramai yang sudah kecewa dan tidak lagi memberi harapan pada pasukan dari Itali itu. Tetapi harus diingat, masalah Ferrari hanyalah pada tayar Bridgestone nya. Jika Ferrari dan Bridgestone dapat menyelesaikan masalah mereka, kemungkinan besar Ferrari akan berada pada kedudukan yang lebih baik dari pasukan² lain selepas ini seterusnya akan mendapat kemenangan demi kemenangan sehingga tamat musim. Catatan masa M.Schumacher pada GP² sebelum ini mengesahkan bahawa tiada masalah pada kereta F2005. Mereka cuma perlu mendapatkan kelajuan tersebut seawal pusingan pertama yang dilakukan dengan tayar Bridgestone mereka, bukan ketika perlumbaan telah habis separuh jalan di mana pesaing utama telah jauh meninggalkan mereka. Pastinya sudah terlambat pada ketika itu.

Jika Ferrari dapat menyelesaikan masalah mereka, Formula 1 musim ini bakal menyaksikan saingan antara pendahulu ketika ini, Fernando Alonso, Kimi Raikkonen dan juga Michael Schumacher. Apa yang lebih menarik ialah pasukan² lain juga kadang-kala akan mencuri mata dari ketiga² favourites ini. Pasukan Toyota, Williams-BMW dan juga BAR Honda adalah antara pasukan² yang sentiasa memberi saingan sengit. Sauber Petronas juga mungkin boleh memberi saingan jika pelumba² mereka tidak hanya menumpukan perhatian untuk berlanggar sesama sendiri seperti yang berlaku di litar Monaco yang lalu. Kedua² pelumba Villenueve dan Massa kehilangan mata berharga akibat dari tindakan yang tidak menguntungkan mana² pihak kecuali pasukan² di belakang mereka pada ketika itu.

Prediction untuk European GP: 1)Raikkonen, 2)M.Schumacer 3)Alonso

________________________________________________

Champions of the spanar.. err.. Europe

Image hosted by Photobucket.com
Kemenangan semalam mungkin juga bermakna Steven Gerard akan stay bersama Liverpool

Giliran Liverpool pulak nak berpesta 'malam pesta muda-mudi' lepas menang UEFA Champions League final semalam. Aku pasti, ramai yang dah agak Liverpool sure akan kalah bila kena 3-0 masa 1st half. Tapi 3 gol dalam masa 6 menet dari Liverpool masa early 2nd half mengubah segala²nya. Memang classic la game tu. Walaupun aku bukan penyokong setia Liverpool, tapi aku tetap kena respek kat diorang sebab lawan diorang tu AC Milan! Dah la final, lawan AC Milan pulak tu, kena pulak 3 bijik masa 1st half. AC Milan ni selalunya kalau dah dpt score sebijik pun, dia akan main defensive saaammmmmpai la abis game. Sebab tu statistic kemenangan diorang ni paling banyak menang 1-0. Tu yang aku ingat dah la tu, game over la, lepas diorang score 3 bijik tanpa balas tu. Last² lepas diorang dapat menyamakan kedudukan, takdek lagi jaringan dan akhirnya Liverpool menang selepas perlawanan ditentukan dgn sepakan penalti. (Liverpool menang penalti 3-2) Anyway, tahniah pulak utk Liverpool kali ni and especially coach diorang, Rafael Benitez. Aku rasa Benitez ni actually memang terrer, cuma dia tak biasa je lagi dengan asam-garam dan asam-masin dalam English Premier League ni. Tu la pasal form diorang turun naik mengalahkan saham kat Bursa Malaysia. Tapi european football nampak gaya dia takdek masalah. Untung la team Benitez kali ni sebab menang kali yang ke-5 dalam sejarah and dapat la pulak simpan piala tu sebab mana² team yang menang 5 kali boleh simpan terus. Liverpool dapat piala, Arsenal pun dapat satu, Chelsea menang liga, MU jugak kempunan.. 'dah takdek rezekiiiii'. Takpe, next season 'buat yang terbaikkkk..' huhu

Monday, May 23, 2005

Burger King

Image hosted by Photobucket.com
Ada jual topi Star Wars gak, RM15 satu. Kalau topeng Darth Vader aku gerenti terus beli!

1st time aku try breakfast set kat Burger King. Ok jugak. Aku rasa lagi sedap dari set breakfast McDonald's. Yang bestnya Burger King ni ialah untuk sapa² yang kuat minum pasal air dia boleh refill sampai kembung perut pun lantak ler. Huhu.. menarik tu!

Image hosted by Photobucket.com
Refill selagi tak malu
________________________________________________

Dah nak dekat bulan 6, dia datang dahh...!!

Seperti yang dijangka, akhirnya aku terpaksa tengok Konsert Prelude AF 3. FA Cup dilupakan dulu. Tapi not bad. Performance budak² tu boleh dikatakan hampir semuanya bagus². Especially kalau nak dibandingkan dengan batch yg lepas². Aku tengok dalam 20 orang tu, kalau dibuang 8, memang yang akan tinggal pastinya creme de la creme. Sebab aku sendiri rasa susah kalau nak disuruh buang 8 orang tu. Ok, maybe ada la 2-3 yang aku rasa senang² boleh disenaraikan untuk disingkir. Tapi yang lain²? Iskk.. payah jugak.

Lepas je pengumuman dari Aznil untuk pelajar yang layak, paling orang kecoh sekali pasal Mawi tak terpilih. Honestly, memang aku pun heran jugak apsal dia tak terpilih. Suara sedap, penampilan pun bagus. Ramai jugak awek yang awal² lagi kata nak chop si Mawi nih. Tapi apa dah jadi? 'Realiti kehidupan' kata Aznil. Sama macam kes Marsha. Dah takde rezeki, tiba² boleh kena sakit tekak sampai tak boleh nak keluar suara nak nyanyi. Dengar balik suara dia masa video klip ujibakat tu, perghh..! Dalam hati aku "Iskk ruginya dia ni tak dpt masuk.." - 'Realiti kehidupan'. Berdasarkan respons dari channel 15 Astro, aku tak terkejut kalau Astro buat AFMASUK lagi sekali untuk kali ni. Calon top - Mawi & Marsha.

________________________________________________

Manchester United Tanpa Trofi

Tahniah kepada Arsenal kerana berjaya memenangi Piala FA England apabila mengalahkan Manchester United 5-4(penentuan sepakan penalti apabila seri 0-0 selepas masa tambahan). Ini pun realiti kehidupan juga. Manchester United menguasai perlawanan dan memperolehi lebih banyak shots on goal/shots on target, tapi dah takde rezeki. Yang pastinya, kedua-dua pasukan, Arsenal dan Manchester United pasti akan menggunakan tempoh pre-season kali ni untuk memperkemaskan lagi pasukan, sama ada dengan latihan intensif tertentu, mahupun dengan pembelian pemain² baru dan juga penjualan pemain² yang tidak lagi diperlukan atau tidak memberi komitmen yang diperlukan oleh pasukan.

Image hosted by Photobucket.com
Wenger & Ferguson pasti bersetuju dlm satu perkara - mereka perlu berusaha lebih keras lagi pada musim depan untuk menundukkan Chelsea

Kemenangan Chelsea sebagai juara Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan mata yang agak besar pastinya membuatkan pengurus kedua-dua pasukan, Arsene Wenger dan Sir Alex Ferguson memerah otak mencari formula berkesan untuk mengekang kemaraan Chelsea bersama 'sugar-daddy'nya, Roman Abramovich. Adakah Malcolm Glazer yang baru membeli kelab terkaya dunia itu bakal menjadi 'sugar-daddy' untuk Manchester United pula? Ataupun ia bakal menandakan era kejatuhan empayar Sir Alex Ferguson selama hampir 2 dekad? Kena la tunggu season baru start nanti. *Sementara tu, AF3 kan ada.. hehehe..*

________________________________________________


The Flying Finn


Image hosted by Photobucket.com
Kemenangan di Monaco yang penuh dengan tradisi dan merupakan GP yang penuh glamour merupakan impian setiap pelumba F1

Kimi Raikkonen menang untuk kali ke-2 berturut² selepas berjaya menempatkan keretanya di kedudukan pole position untuk kali ke-3 berturut². Beliau telah mencatatkan pusingan terpantas demi pusingan terpantas pada awal saingan untuk menjarakkan dirinya dari pemandu di kedudukan tempat ke-2 ketika itu, Fernando Alonso. Saingan yang dijangkakan sengit dari pasukan Renault rupanya tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua pelumba mereka, Fernando Alonso dan Giancarlo Fisichella menghadapi masalah tayar. Sebaliknya, pasukan Williams yang selama ini tidak begitu menonjol, berjaya menempatkan kedua-dua pemandu mereka, Nick Heidfeld dan Mark Webber di kedudukan podium ke-2 dan ke-3.

Image hosted by Photobucket.com
MP4-20 dikatakan pakej terbaik ketika ini tetapi McLaren tidak boleh berasa lega kerana kereta mereka diketahui sering mengalami masalah teknikal

Masalah yang melanda pasukan Ferrari masih lagi menghantui mereka. Kegagalan menempatkan kereta di kedudukan yang baik ketika kelayakan merupakan masalah utama mereka kerana kelajuan kereta F2005 memang tidak dinafikan lagi apabila Michael Schumacher sekali lagi berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di litar Monaco ini. Peraturan baru berhubung kelayakan yang bakal diumumkan dijangka sedikit sebanyak dapat membantu Ferrari kerana peraturan ini menyatakan tiada lagi 2 pusingan kelayakan, hanya bakal terdapat 1 pusingan kelayakan seperti musim lepas.

Pusingan seterusnya iaitu European GP akan berlangsung di litar Nurbugring, German pada hujung minggu ni. Adakah Raikkonen akan terus merapatkan kedudukannya dengan pendahulu mata keseluruhan ketika ini, Fernando Alonso? Ataupun mungkin Michael Schumacher akan muncul kembali memberi saingan pada 2 pelumba muda terhebat ini?