Wednesday, May 18, 2005

Suatu Malam di Uptown

Kalau pegi Uptown malam² tu biasa lah, mesti nak pegi makan. Dah lama aku tak pegi makan kat sana. Kebetulan ada satu malam tu, aku lepak dgn member² aku lepas tu diorang ajak makan kat sana. Sebelum tu, pukul 8:30 dah makan dah. Makan nasik lemak kat Jalan Telawi. Tak sedap ler pulak! Abistu diorang ajak makan kat Uptown, aku okke kan aje ler.. hehe.


Image hosted by Photobucket.com
Kelihatan 2 orang pemuzik jalanan sedang beraksi dengan tekunnya

Lepas pusing² nak cari parking yang paling dekat, dalam pukul 10 kitorang pun duduk ler kat salah sebuah gerai kat sana. Lebih kurang je. Takde beza sangat dengan pengunjung²nya. Tapi gerai² makan nampak makin bertambah kalau tak silap aku. Makanan biasa la. Kalau kena gerai yang sedap makanan dia tu, sedaplah. Nak kata special tu susah la nak cari. Best lagi kalau dapat makan seafood kat Bagan Lalang. Cakap pasal Bagan Lalang, actually kat KL pun banyak restoran seafood. Tapi yang bestnya makan kat sana tu sebab suasana kat tepi laut tu. Tak boleh sama punya la. Dengan angin bayu lautnya, bau air laut lagi. Pastu pulak semestinya lah makanan²nya fresh. Takdek yang bleh lawan makanan² yang fresh. Masakla sedap macam mana pun, kalau bahan² dia tak fresh, sure takkan lengkap. Mak aku selalu cakap, kalau ikan/ayam/udang etc tu segar, insya-Allah sedap la masakan tu. Kalau yg dah lama dok lam peti ais, alamat kurenglah jadiknya nanti.

Tulah, dalam banyak² benda aku nak cerita, aku boleh bukak entry pasal makan. Ni semua lapor punya pasal. hahaha.. betapa perutku sedang mempengaruhi pikiranku. Mungkin sebab tu lah orang tua² kata, kalau nak keluar rumah/nak pegi mana², kalau makanan dah sedia, makanla dulu walau sedikit. Kalau ikut kata orang tua², nanti akan jadi benda tak baik. Tulah dianya, sebenarnya sebab kita lapar, takut pikiran kita ni dok terpikir makanan kat rumah tadi. Sampai boleh terganggu konsentrasi hal² lain. Kira betul la jugak tu agaknya. Memang orang tua² kita pandai. Mungkin zaman dulu takdek banyak sangat benda nak pikir/buat. Tu yang diorang boleh pikir macam² termasuklah benda² yg saintifik. Cuma penjelasan diorang idak ler saintifik ;)

________________________________________________

KL Sentral

Image hosted by Photobucket.com
Antara sudut menarik di KL Sentral

Siang tu aku pusing² area KL Sentral kejap. Area kedai² kat bawah tu aku tengok agak menarik binaan dia. Kedai dia biasa je, tapi binaan luaran dia diorang guna kayu yang direka-letak dengan kreatif. Cun.

8 Comments:

Blogger Narapidana said...

lamanya aku tak gi uptown....dah nak dekat setahun rasanya..chicken chop steven corner tuh best banget!!

19/5/05 9:29 AM  
Blogger ORAET said...

hantuuus btul mika ni.. tak habaq mai ada blog.. aku nak link kat site aku .. taruk aa citer lagikkk...

19/5/05 11:09 AM  
Blogger Mika said...

srox: yup, steven corner yg paling glemer. oraet: aku baruuuu je start nih. takdek grand² opening nyer.. hoho..

19/5/05 12:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

Waah.. srox pun pernah lepak Uptown ya.., aku pun dulu ada juga pernah pergi sana, selain chiken chop tu aku suka makan roti NAN chess... sodap... Err lupa nak ucap..selamat menulis lagi MIka.. best jugak baca karya kau ni

24/5/05 9:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

ehh.. apasal a'aa tak kluar nama aku

24/5/05 9:32 AM  
Blogger Mika said...

Apsal ko tak nampak nama ko frodo. Aku tgk ada je. Anyway terima kasih kerana sudi singgah sini.

24/5/05 11:31 AM  
Blogger Elf said...

pergh.

24/5/05 1:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

ehhh dah nampak... mcm mana tak perasan ye tadi.. kakaka

24/5/05 5:11 PM  

Post a Comment

<< Home