Tuesday, May 31, 2005

F1 - European GP Review

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan biasa pada perlumbaan European GP baru² ini

Satu perlumbaan yang penuh aksi sehinggalah ke penghujungnya. Itulah yang dapat disimpulkan daripada European GP kali ini. Ramai pemandu yang gagal mengawal kereta mereka dan terbabas di luar litar. Ada yang menerima akibat daripada situasi itu, ini termasuklah, favaourite untuk memenangi perlumbaan tersebut, Kimi Raikkonen.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah kegagalan setiap pasukan dan pembekal tayar untuk meramalkan cuaca dan suhu pada hari perlumbaan. Perlumbaan² sebelum ini di Germany kebiasaannya berlaku pada suhu yang agak rendah - bawah dari 20ºC. Namun apa yang berlaku adalah cuaca yang agak panas. Suhu pada hari kelayakan hampir menyamai suhu hari perlumbaan di litar Sepang iaitu lebih dari 30ºC dan suhu permukaan litar pula lebih dari 45ºC.

Suhu di hari perlumbaan agak rendah sedikit tetapi masih lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Pada permulaan perlumbaan boleh dikatakan tiada masalah yang timbul. Setelah perlumbaan masuk ke separuh yang terakhir, satu demi satu pelumba mula mengalami masalah berkaitan grip kereta. Tayar mereka ternyata sukar untuk mencengkam dengan baik. Kimi Raikkonen dan Fernando Alonso adalah antara pelumba favourite dari Michelin yang terbabas. Juara dunia 7 kali, Michael Schumacher juga tidak terlepas dari masalah tersebut.


Image hosted by Photobucket.com
Raikkonen mengaku mampu bertahan untuk memandu hingga tamat, namun keretanya ternyata tidak mampu berbuat demikian

Namun dari ketiga-tiga pelumba tersebut, ternyata Kimi Raikkonen paling kurang bernasib baik apabila tayarnya mengalami kerosakan yang agak teruk akibat daripada keretanya terbabas ke luar garisan perlumbaan. Dia mengalami masalah cengkaman yang serius sehinggakan pada satu masa tayar depannya telah terkunci ketika membrek dengan kuat di hujung laluan lurus menghala ke selekoh pertama. Akibat daripada itu, tayarnya makin rosak teruk dan akhirnya sistem suspensinya berkecai kerana gegaran terlampau akibat dari tayar yang rosak. Ia berlaku ketika perlumbaan berada pada pusingan terakhir. Apa yang lebih malang ialah ketika itu dia sedang menuju untuk mencapai kemenangan ketiga berturut² pada musim ini.

Apa yang dilihat nasib malang buat Raikkonen ternyata satu anugerah pula untuk pendahulu kutipan mata kategori pemandu ketika ini, Fernando Alonso. Alonso juga kelihatan mengalami masalah dengan tayarnya tetapi tidak seteruk Raikkonen. Beliau yang berada pada kedudukan kedua pada ketika itu terus menjadi juara European GP dan terus mengukuhkan reputasinya untuk menjadi juara dunia kategori pemandu dengan saingan terdekatnya, Raikkonen, gagal mengutip sebarang mata. Michael Schumacher juga kelihatan sukar untuk menghalang Alonso pada musim ini. Tetapi apa sahaja boleh berlaku. Seperti yang diketahui, Ferrari dan McLaren adalah dua pasukan yang mampu untuk sentiasa memberi pembaharuan pada kereta mereka sehinggalah ke akhir musim. Renault pada kebiasaanya akan kekal pada sumber yang ada pada mereka pada pertengahan musim dan hanya membuat sedikit pengubahsuaian di mana perlu.

Pujian juga harus diberikan pada Nick Heidfeld yang telah mengejutkan ramai pihak apabila menduduki tempat ke-2 pada dua GP berturut². Ramai yang berpendapat Mark Webber adalah merupakan pemandu yang lebih baik dari rakan sepasukannya di Williams-BMW itu namun Heidfeld telah berjaya membuktikan mereka adalah salah pada ketika ini.


Image hosted by Photobucket.com
Kepuasan terpancar di wajah Fernando Alonso yang mendahului pesaing terdekatnya dengan 32 mata

Agak menarik pada tahun ini kita dapat saksikan banyak pasukan yang mampu untuk menduduki tempat di podium. Ferrari pula masih lagi bergelut untuk mendapatkan rentak. Ramai menyangka pasukan sebesar nama Ferrari pasti tidak akan mengambil masa yang lama untuk keluar daripada masalah namun nyata ia tidaklah semudah yang disangka. Adakah era Ferrari akan berakhir? Ada terdengar ura² Michael Schumacher mula mendesak Ferrari untuk mendapatkan kontrak Michelin untuk perlumbaan musim depan atau dia akan berhenti daripada menjadi pemandu pasukan dari Itali itu. Mungkin juga Schumacher akan terus bersara dari dunia Formula 1. Namun begitu, podium untuk Rubens Barrichello mungkin menandakan 'Si Gergasi' akhirnya sedang mula bangkit dari tidur. Walaupun Alonso hampir mencapai gelaran juara dunia, namun perlumbaan formula 1 musim ini ternyata penuh dengan pelbagai aksi dan kejutan. Perlumbaan seterusnya ialah di Montreal, Canada yang akan berlangsung pada hujung minggu depan.

Keputusan akhir:

1 - Fernando Alonso (Renault)
2 - Nick Heidfeld (Williams-BMW)
3 - Rubens Barrichello (Ferrari)
4 - David Coulthard (Red Bull Racing)
5 - Michael Schumacher (Ferrari)
6 - Giancarlo Fisichella (Renault)
7 - Juan Pablo Montoya (McLaren-Mercedes)
8 - Jarno Trulli (Toyota)

------------------------------------------------

Kedudukan Mata (Pemandu)

1 Fernando Alonso(Spanish) - Renault = 59
2 Kimi Raikkonen(Finnish) - McLaren-Mercedes = 27
2 Jarno Trulli(Italian) - Toyota = 27
4 Nick Heidfeld(German) - Williams-BMW = 25
5 Mark Webber(Australian) - Williams-BMW = 19
6 Giancarlo Fisichella(Italian) - Renault = 17
6 Ralf Schumacher(German) - Toyota = 17

------------------------------------------------

Kedudukan Mata (Pengeluar)

1 Renault = 76
2 McLaren-Mercedes = 53
3 Toyota = 44
4 Williams-BMW = 43
5 Ferrari = 31
6 Red Bull Racing = 19
7 Sauber Petronas = 7

7 Comments:

Blogger aidid said...

mek suka tgk logo pfs tu. nak letak gak kt my blog. err mmg arr wai em yg letak dulu. Mmg dr ari tu ada intention mao letak. Tgk lan letak lagi teruja. *gelak getik*

1/6/05 11:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

la.. Ingatkan akak aidid buat komentar F1, rupenya PFS lah plak ya..., YA aku setuju dgn ko mika, kali ini persaingan tersangatlah sengit lagi tengit, bila lah Michael akan naik podium lagi ni.., sebab kalau prestasi dia merosot ada ura2 dia nak tinggalkan F1

1/6/05 5:50 PM  
Blogger Mika said...

Kak Aidid, sila². kalau nak letak logo tu, le.. aikk!! dah letak dah pon?! bukan main cepat lagik yek! :P

Frodo: saingan sengit takpe jgn *tekiak tengit

*tekiak - ketiak. Adik aku masa kecik² tak reti sebut betul² dia sebut tekiak. Sampai sekarang aku gelakkan dia kalau teringat bab nih :D

1/6/05 8:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

nat wuz ere

2/6/05 8:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

A'kum, Mika, saya suka komen2 mika dlm blog SM. Nak jemput Mika utk ke blog yg specially dedicated & focused to Mawi --> shopgirl.blogspot.com . Ni 1st time buat special invitation ni. Datang ye? :)

9/6/05 9:57 AM  
Anonymous Anonymous said...

eh silap. URL nya shopgirlmawi.blogspot.com :)

9/6/05 9:58 AM  
Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site... » »

26/4/07 6:58 PM  

Post a Comment

<< Home