Friday, May 27, 2005

European GP Preview

Image hosted by Photobucket.com
Wajah M.Schumacher ketika berjalan utk menghadiri meeting dgn pembekal tayar mereka, Bridgestone

Hujung minggu ini akan berlangsung pula Formula 1 European GP di Nurburgring, Germany. Kalendar F1 tahun ini menyaksikan jadual perlumbaan yang agak ketat di mana kadang-kala akan adanya 2 perlumbaan dalam tempoh 2 minggu berturut². Perlumbaan kali ini dikatakan akan dikuasai oleh pasukan McLaren Mercedes khususnya Kimi Raikkonen yang baru saja memenangi GP Monaco pada minggu lalu. Ini berdasarkan kereta McLaren MP4-20 nya yang dilihat serasi dengan hampir semua jenis litar setakat ini. Litar² yang menyaksikan penguasaan MP4-20 dan Raikkonen adalah seperti di Imola, Barcelona dan Monaco. Walaupun di Imola Raikkonen tidak menamatkan perlumbaan, namun dia dapat menguasai sesi kelayakan dan mendahului perlumbaan sebelum keretanya mengalami masalah teknikal. Litar di Barcelona pula menyaksikan Raikkonen mendominasi dari sesi kelayakan hinggalah perlumbaan di mana dia mendahului pelumba² lain begitu jauh sehinggakan setelah dia melakukan pit-stop, dia masih lagi keluar dan berada di hadapan. Situasi yang sama juga berlaku pada perlumbaan minggu lepas di litar Monaco.

Apa yang menarik, ketiga² litar tersebut adalah amat berlainan dari segi characteristic nya. Sebagai contoh, litar Imola mementingkan kereta yang mempunyai enjin yang berkuasa kerana terdapat banyak laluan lurus dan selekoh² laju. Litar Barcelona pula amat mementingkan aerodinamik kereta kerana mempunyai kombinasi selekoh² pantas, perlahan dan juga berliku² selain juga mementingkan top speed di laluan lurusnya. Litar Monaco pula memerlukan kereta yang mempunyai mechanical grip yang bagus kerana ia adalah litar yang perlahan dan banyak selekoh² yang diambil pada kelajuan yang paling rendah. Kelebihan aerodinamik tidak banyak membantu di litar ini. Traction juga penting untuk memecut kereta keluar dari selekoh² yang banyak terdapat di litar Monaco ini.


Image hosted by Photobucket.com
Muka Anakin(kiri) dan Fernando Alonso(kanan) apabila aku combine menampakkan keserasian. Adakah Alonso juga akan terpedaya dgn 'the dark side'?

Berdasarkan kelebihan² tersebut, tidak hairanlah McLaren adalah merupakan pasukan yang dalam keadaan on-form pada ketika ini. Namun begitu, pasukan Ferrari sebenarnya pasukan yang bakal memberi saingan sengit pada tahun ini. Ramai yang sudah kecewa dan tidak lagi memberi harapan pada pasukan dari Itali itu. Tetapi harus diingat, masalah Ferrari hanyalah pada tayar Bridgestone nya. Jika Ferrari dan Bridgestone dapat menyelesaikan masalah mereka, kemungkinan besar Ferrari akan berada pada kedudukan yang lebih baik dari pasukan² lain selepas ini seterusnya akan mendapat kemenangan demi kemenangan sehingga tamat musim. Catatan masa M.Schumacher pada GP² sebelum ini mengesahkan bahawa tiada masalah pada kereta F2005. Mereka cuma perlu mendapatkan kelajuan tersebut seawal pusingan pertama yang dilakukan dengan tayar Bridgestone mereka, bukan ketika perlumbaan telah habis separuh jalan di mana pesaing utama telah jauh meninggalkan mereka. Pastinya sudah terlambat pada ketika itu.

Jika Ferrari dapat menyelesaikan masalah mereka, Formula 1 musim ini bakal menyaksikan saingan antara pendahulu ketika ini, Fernando Alonso, Kimi Raikkonen dan juga Michael Schumacher. Apa yang lebih menarik ialah pasukan² lain juga kadang-kala akan mencuri mata dari ketiga² favourites ini. Pasukan Toyota, Williams-BMW dan juga BAR Honda adalah antara pasukan² yang sentiasa memberi saingan sengit. Sauber Petronas juga mungkin boleh memberi saingan jika pelumba² mereka tidak hanya menumpukan perhatian untuk berlanggar sesama sendiri seperti yang berlaku di litar Monaco yang lalu. Kedua² pelumba Villenueve dan Massa kehilangan mata berharga akibat dari tindakan yang tidak menguntungkan mana² pihak kecuali pasukan² di belakang mereka pada ketika itu.

Prediction untuk European GP: 1)Raikkonen, 2)M.Schumacer 3)Alonso

________________________________________________

Champions of the spanar.. err.. Europe

Image hosted by Photobucket.com
Kemenangan semalam mungkin juga bermakna Steven Gerard akan stay bersama Liverpool

Giliran Liverpool pulak nak berpesta 'malam pesta muda-mudi' lepas menang UEFA Champions League final semalam. Aku pasti, ramai yang dah agak Liverpool sure akan kalah bila kena 3-0 masa 1st half. Tapi 3 gol dalam masa 6 menet dari Liverpool masa early 2nd half mengubah segala²nya. Memang classic la game tu. Walaupun aku bukan penyokong setia Liverpool, tapi aku tetap kena respek kat diorang sebab lawan diorang tu AC Milan! Dah la final, lawan AC Milan pulak tu, kena pulak 3 bijik masa 1st half. AC Milan ni selalunya kalau dah dpt score sebijik pun, dia akan main defensive saaammmmmpai la abis game. Sebab tu statistic kemenangan diorang ni paling banyak menang 1-0. Tu yang aku ingat dah la tu, game over la, lepas diorang score 3 bijik tanpa balas tu. Last² lepas diorang dapat menyamakan kedudukan, takdek lagi jaringan dan akhirnya Liverpool menang selepas perlawanan ditentukan dgn sepakan penalti. (Liverpool menang penalti 3-2) Anyway, tahniah pulak utk Liverpool kali ni and especially coach diorang, Rafael Benitez. Aku rasa Benitez ni actually memang terrer, cuma dia tak biasa je lagi dengan asam-garam dan asam-masin dalam English Premier League ni. Tu la pasal form diorang turun naik mengalahkan saham kat Bursa Malaysia. Tapi european football nampak gaya dia takdek masalah. Untung la team Benitez kali ni sebab menang kali yang ke-5 dalam sejarah and dapat la pulak simpan piala tu sebab mana² team yang menang 5 kali boleh simpan terus. Liverpool dapat piala, Arsenal pun dapat satu, Chelsea menang liga, MU jugak kempunan.. 'dah takdek rezekiiiii'. Takpe, next season 'buat yang terbaikkkk..' huhu

6 Comments:

Blogger waiem said...

tak pe ac milan choba laie..caiyohh :)

28/5/05 10:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

fuuhh mlm semalam nya lagi suspen..., lagi 1 pusingan aje nak menang...dah takdo rezki kimi.....

30/5/05 2:33 PM  
Blogger Mika said...

Apa yg terjadi semlm hampir sama dengan apa yg terjadi pada rakan senegara Kimi Raikkonen, bekas pelumba McLaren Mercedes satu ketika dulu, Juara Dunia - Mika Hakkinen. Hakkinen pernah leading GP Sepanyol di Barcelona, final lap keter dia rosak - clutch problem. Kalau tak silap aku tahun 2001. dah takdek rezekiii.. hehehe

1/6/05 1:27 AM  
Blogger Mika said...

Tambah lagi sket, masa Hakkinen kereta rosak tu, pemandu yg tgh position nombor 2 masa tu - M.Schumacher (eventual winner of World's Driver Championship that year). Adakah perkara sama akan berlaku tahun ni. (Alonso 2nd masa keter Raikkonen rosak, dia menang race tu akhirnya) Adakah dia bakal juara dunia tahun ni? Nampak gaya macam yer :)

1/6/05 1:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

Keep up the good work Teknic tuscon jacket discount How antidepressant pill work

7/2/07 1:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Jogging how to http://www.amateur-fucking-2.info Allegra site Car+audio+mp3+players Extends wear colours contact lens Bmw tunning http://www.computer-memory-4.info Yong girls peeing Samochody uywane peugeot

25/4/07 7:47 AM  

Post a Comment

<< Home