Tuesday, May 31, 2005

F1 - European GP Review

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan biasa pada perlumbaan European GP baru² ini

Satu perlumbaan yang penuh aksi sehinggalah ke penghujungnya. Itulah yang dapat disimpulkan daripada European GP kali ini. Ramai pemandu yang gagal mengawal kereta mereka dan terbabas di luar litar. Ada yang menerima akibat daripada situasi itu, ini termasuklah, favaourite untuk memenangi perlumbaan tersebut, Kimi Raikkonen.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah kegagalan setiap pasukan dan pembekal tayar untuk meramalkan cuaca dan suhu pada hari perlumbaan. Perlumbaan² sebelum ini di Germany kebiasaannya berlaku pada suhu yang agak rendah - bawah dari 20ºC. Namun apa yang berlaku adalah cuaca yang agak panas. Suhu pada hari kelayakan hampir menyamai suhu hari perlumbaan di litar Sepang iaitu lebih dari 30ºC dan suhu permukaan litar pula lebih dari 45ºC.

Suhu di hari perlumbaan agak rendah sedikit tetapi masih lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Pada permulaan perlumbaan boleh dikatakan tiada masalah yang timbul. Setelah perlumbaan masuk ke separuh yang terakhir, satu demi satu pelumba mula mengalami masalah berkaitan grip kereta. Tayar mereka ternyata sukar untuk mencengkam dengan baik. Kimi Raikkonen dan Fernando Alonso adalah antara pelumba favourite dari Michelin yang terbabas. Juara dunia 7 kali, Michael Schumacher juga tidak terlepas dari masalah tersebut.


Image hosted by Photobucket.com
Raikkonen mengaku mampu bertahan untuk memandu hingga tamat, namun keretanya ternyata tidak mampu berbuat demikian

Namun dari ketiga-tiga pelumba tersebut, ternyata Kimi Raikkonen paling kurang bernasib baik apabila tayarnya mengalami kerosakan yang agak teruk akibat daripada keretanya terbabas ke luar garisan perlumbaan. Dia mengalami masalah cengkaman yang serius sehinggakan pada satu masa tayar depannya telah terkunci ketika membrek dengan kuat di hujung laluan lurus menghala ke selekoh pertama. Akibat daripada itu, tayarnya makin rosak teruk dan akhirnya sistem suspensinya berkecai kerana gegaran terlampau akibat dari tayar yang rosak. Ia berlaku ketika perlumbaan berada pada pusingan terakhir. Apa yang lebih malang ialah ketika itu dia sedang menuju untuk mencapai kemenangan ketiga berturut² pada musim ini.

Apa yang dilihat nasib malang buat Raikkonen ternyata satu anugerah pula untuk pendahulu kutipan mata kategori pemandu ketika ini, Fernando Alonso. Alonso juga kelihatan mengalami masalah dengan tayarnya tetapi tidak seteruk Raikkonen. Beliau yang berada pada kedudukan kedua pada ketika itu terus menjadi juara European GP dan terus mengukuhkan reputasinya untuk menjadi juara dunia kategori pemandu dengan saingan terdekatnya, Raikkonen, gagal mengutip sebarang mata. Michael Schumacher juga kelihatan sukar untuk menghalang Alonso pada musim ini. Tetapi apa sahaja boleh berlaku. Seperti yang diketahui, Ferrari dan McLaren adalah dua pasukan yang mampu untuk sentiasa memberi pembaharuan pada kereta mereka sehinggalah ke akhir musim. Renault pada kebiasaanya akan kekal pada sumber yang ada pada mereka pada pertengahan musim dan hanya membuat sedikit pengubahsuaian di mana perlu.

Pujian juga harus diberikan pada Nick Heidfeld yang telah mengejutkan ramai pihak apabila menduduki tempat ke-2 pada dua GP berturut². Ramai yang berpendapat Mark Webber adalah merupakan pemandu yang lebih baik dari rakan sepasukannya di Williams-BMW itu namun Heidfeld telah berjaya membuktikan mereka adalah salah pada ketika ini.


Image hosted by Photobucket.com
Kepuasan terpancar di wajah Fernando Alonso yang mendahului pesaing terdekatnya dengan 32 mata

Agak menarik pada tahun ini kita dapat saksikan banyak pasukan yang mampu untuk menduduki tempat di podium. Ferrari pula masih lagi bergelut untuk mendapatkan rentak. Ramai menyangka pasukan sebesar nama Ferrari pasti tidak akan mengambil masa yang lama untuk keluar daripada masalah namun nyata ia tidaklah semudah yang disangka. Adakah era Ferrari akan berakhir? Ada terdengar ura² Michael Schumacher mula mendesak Ferrari untuk mendapatkan kontrak Michelin untuk perlumbaan musim depan atau dia akan berhenti daripada menjadi pemandu pasukan dari Itali itu. Mungkin juga Schumacher akan terus bersara dari dunia Formula 1. Namun begitu, podium untuk Rubens Barrichello mungkin menandakan 'Si Gergasi' akhirnya sedang mula bangkit dari tidur. Walaupun Alonso hampir mencapai gelaran juara dunia, namun perlumbaan formula 1 musim ini ternyata penuh dengan pelbagai aksi dan kejutan. Perlumbaan seterusnya ialah di Montreal, Canada yang akan berlangsung pada hujung minggu depan.

Keputusan akhir:

1 - Fernando Alonso (Renault)
2 - Nick Heidfeld (Williams-BMW)
3 - Rubens Barrichello (Ferrari)
4 - David Coulthard (Red Bull Racing)
5 - Michael Schumacher (Ferrari)
6 - Giancarlo Fisichella (Renault)
7 - Juan Pablo Montoya (McLaren-Mercedes)
8 - Jarno Trulli (Toyota)

------------------------------------------------

Kedudukan Mata (Pemandu)

1 Fernando Alonso(Spanish) - Renault = 59
2 Kimi Raikkonen(Finnish) - McLaren-Mercedes = 27
2 Jarno Trulli(Italian) - Toyota = 27
4 Nick Heidfeld(German) - Williams-BMW = 25
5 Mark Webber(Australian) - Williams-BMW = 19
6 Giancarlo Fisichella(Italian) - Renault = 17
6 Ralf Schumacher(German) - Toyota = 17

------------------------------------------------

Kedudukan Mata (Pengeluar)

1 Renault = 76
2 McLaren-Mercedes = 53
3 Toyota = 44
4 Williams-BMW = 43
5 Ferrari = 31
6 Red Bull Racing = 19
7 Sauber Petronas = 7

Friday, May 27, 2005

European GP Preview

Image hosted by Photobucket.com
Wajah M.Schumacher ketika berjalan utk menghadiri meeting dgn pembekal tayar mereka, Bridgestone

Hujung minggu ini akan berlangsung pula Formula 1 European GP di Nurburgring, Germany. Kalendar F1 tahun ini menyaksikan jadual perlumbaan yang agak ketat di mana kadang-kala akan adanya 2 perlumbaan dalam tempoh 2 minggu berturut². Perlumbaan kali ini dikatakan akan dikuasai oleh pasukan McLaren Mercedes khususnya Kimi Raikkonen yang baru saja memenangi GP Monaco pada minggu lalu. Ini berdasarkan kereta McLaren MP4-20 nya yang dilihat serasi dengan hampir semua jenis litar setakat ini. Litar² yang menyaksikan penguasaan MP4-20 dan Raikkonen adalah seperti di Imola, Barcelona dan Monaco. Walaupun di Imola Raikkonen tidak menamatkan perlumbaan, namun dia dapat menguasai sesi kelayakan dan mendahului perlumbaan sebelum keretanya mengalami masalah teknikal. Litar di Barcelona pula menyaksikan Raikkonen mendominasi dari sesi kelayakan hinggalah perlumbaan di mana dia mendahului pelumba² lain begitu jauh sehinggakan setelah dia melakukan pit-stop, dia masih lagi keluar dan berada di hadapan. Situasi yang sama juga berlaku pada perlumbaan minggu lepas di litar Monaco.

Apa yang menarik, ketiga² litar tersebut adalah amat berlainan dari segi characteristic nya. Sebagai contoh, litar Imola mementingkan kereta yang mempunyai enjin yang berkuasa kerana terdapat banyak laluan lurus dan selekoh² laju. Litar Barcelona pula amat mementingkan aerodinamik kereta kerana mempunyai kombinasi selekoh² pantas, perlahan dan juga berliku² selain juga mementingkan top speed di laluan lurusnya. Litar Monaco pula memerlukan kereta yang mempunyai mechanical grip yang bagus kerana ia adalah litar yang perlahan dan banyak selekoh² yang diambil pada kelajuan yang paling rendah. Kelebihan aerodinamik tidak banyak membantu di litar ini. Traction juga penting untuk memecut kereta keluar dari selekoh² yang banyak terdapat di litar Monaco ini.


Image hosted by Photobucket.com
Muka Anakin(kiri) dan Fernando Alonso(kanan) apabila aku combine menampakkan keserasian. Adakah Alonso juga akan terpedaya dgn 'the dark side'?

Berdasarkan kelebihan² tersebut, tidak hairanlah McLaren adalah merupakan pasukan yang dalam keadaan on-form pada ketika ini. Namun begitu, pasukan Ferrari sebenarnya pasukan yang bakal memberi saingan sengit pada tahun ini. Ramai yang sudah kecewa dan tidak lagi memberi harapan pada pasukan dari Itali itu. Tetapi harus diingat, masalah Ferrari hanyalah pada tayar Bridgestone nya. Jika Ferrari dan Bridgestone dapat menyelesaikan masalah mereka, kemungkinan besar Ferrari akan berada pada kedudukan yang lebih baik dari pasukan² lain selepas ini seterusnya akan mendapat kemenangan demi kemenangan sehingga tamat musim. Catatan masa M.Schumacher pada GP² sebelum ini mengesahkan bahawa tiada masalah pada kereta F2005. Mereka cuma perlu mendapatkan kelajuan tersebut seawal pusingan pertama yang dilakukan dengan tayar Bridgestone mereka, bukan ketika perlumbaan telah habis separuh jalan di mana pesaing utama telah jauh meninggalkan mereka. Pastinya sudah terlambat pada ketika itu.

Jika Ferrari dapat menyelesaikan masalah mereka, Formula 1 musim ini bakal menyaksikan saingan antara pendahulu ketika ini, Fernando Alonso, Kimi Raikkonen dan juga Michael Schumacher. Apa yang lebih menarik ialah pasukan² lain juga kadang-kala akan mencuri mata dari ketiga² favourites ini. Pasukan Toyota, Williams-BMW dan juga BAR Honda adalah antara pasukan² yang sentiasa memberi saingan sengit. Sauber Petronas juga mungkin boleh memberi saingan jika pelumba² mereka tidak hanya menumpukan perhatian untuk berlanggar sesama sendiri seperti yang berlaku di litar Monaco yang lalu. Kedua² pelumba Villenueve dan Massa kehilangan mata berharga akibat dari tindakan yang tidak menguntungkan mana² pihak kecuali pasukan² di belakang mereka pada ketika itu.

Prediction untuk European GP: 1)Raikkonen, 2)M.Schumacer 3)Alonso

________________________________________________

Champions of the spanar.. err.. Europe

Image hosted by Photobucket.com
Kemenangan semalam mungkin juga bermakna Steven Gerard akan stay bersama Liverpool

Giliran Liverpool pulak nak berpesta 'malam pesta muda-mudi' lepas menang UEFA Champions League final semalam. Aku pasti, ramai yang dah agak Liverpool sure akan kalah bila kena 3-0 masa 1st half. Tapi 3 gol dalam masa 6 menet dari Liverpool masa early 2nd half mengubah segala²nya. Memang classic la game tu. Walaupun aku bukan penyokong setia Liverpool, tapi aku tetap kena respek kat diorang sebab lawan diorang tu AC Milan! Dah la final, lawan AC Milan pulak tu, kena pulak 3 bijik masa 1st half. AC Milan ni selalunya kalau dah dpt score sebijik pun, dia akan main defensive saaammmmmpai la abis game. Sebab tu statistic kemenangan diorang ni paling banyak menang 1-0. Tu yang aku ingat dah la tu, game over la, lepas diorang score 3 bijik tanpa balas tu. Last² lepas diorang dapat menyamakan kedudukan, takdek lagi jaringan dan akhirnya Liverpool menang selepas perlawanan ditentukan dgn sepakan penalti. (Liverpool menang penalti 3-2) Anyway, tahniah pulak utk Liverpool kali ni and especially coach diorang, Rafael Benitez. Aku rasa Benitez ni actually memang terrer, cuma dia tak biasa je lagi dengan asam-garam dan asam-masin dalam English Premier League ni. Tu la pasal form diorang turun naik mengalahkan saham kat Bursa Malaysia. Tapi european football nampak gaya dia takdek masalah. Untung la team Benitez kali ni sebab menang kali yang ke-5 dalam sejarah and dapat la pulak simpan piala tu sebab mana² team yang menang 5 kali boleh simpan terus. Liverpool dapat piala, Arsenal pun dapat satu, Chelsea menang liga, MU jugak kempunan.. 'dah takdek rezekiiiii'. Takpe, next season 'buat yang terbaikkkk..' huhu

Monday, May 23, 2005

Burger King

Image hosted by Photobucket.com
Ada jual topi Star Wars gak, RM15 satu. Kalau topeng Darth Vader aku gerenti terus beli!

1st time aku try breakfast set kat Burger King. Ok jugak. Aku rasa lagi sedap dari set breakfast McDonald's. Yang bestnya Burger King ni ialah untuk sapa² yang kuat minum pasal air dia boleh refill sampai kembung perut pun lantak ler. Huhu.. menarik tu!

Image hosted by Photobucket.com
Refill selagi tak malu
________________________________________________

Dah nak dekat bulan 6, dia datang dahh...!!

Seperti yang dijangka, akhirnya aku terpaksa tengok Konsert Prelude AF 3. FA Cup dilupakan dulu. Tapi not bad. Performance budak² tu boleh dikatakan hampir semuanya bagus². Especially kalau nak dibandingkan dengan batch yg lepas². Aku tengok dalam 20 orang tu, kalau dibuang 8, memang yang akan tinggal pastinya creme de la creme. Sebab aku sendiri rasa susah kalau nak disuruh buang 8 orang tu. Ok, maybe ada la 2-3 yang aku rasa senang² boleh disenaraikan untuk disingkir. Tapi yang lain²? Iskk.. payah jugak.

Lepas je pengumuman dari Aznil untuk pelajar yang layak, paling orang kecoh sekali pasal Mawi tak terpilih. Honestly, memang aku pun heran jugak apsal dia tak terpilih. Suara sedap, penampilan pun bagus. Ramai jugak awek yang awal² lagi kata nak chop si Mawi nih. Tapi apa dah jadi? 'Realiti kehidupan' kata Aznil. Sama macam kes Marsha. Dah takde rezeki, tiba² boleh kena sakit tekak sampai tak boleh nak keluar suara nak nyanyi. Dengar balik suara dia masa video klip ujibakat tu, perghh..! Dalam hati aku "Iskk ruginya dia ni tak dpt masuk.." - 'Realiti kehidupan'. Berdasarkan respons dari channel 15 Astro, aku tak terkejut kalau Astro buat AFMASUK lagi sekali untuk kali ni. Calon top - Mawi & Marsha.

________________________________________________

Manchester United Tanpa Trofi

Tahniah kepada Arsenal kerana berjaya memenangi Piala FA England apabila mengalahkan Manchester United 5-4(penentuan sepakan penalti apabila seri 0-0 selepas masa tambahan). Ini pun realiti kehidupan juga. Manchester United menguasai perlawanan dan memperolehi lebih banyak shots on goal/shots on target, tapi dah takde rezeki. Yang pastinya, kedua-dua pasukan, Arsenal dan Manchester United pasti akan menggunakan tempoh pre-season kali ni untuk memperkemaskan lagi pasukan, sama ada dengan latihan intensif tertentu, mahupun dengan pembelian pemain² baru dan juga penjualan pemain² yang tidak lagi diperlukan atau tidak memberi komitmen yang diperlukan oleh pasukan.

Image hosted by Photobucket.com
Wenger & Ferguson pasti bersetuju dlm satu perkara - mereka perlu berusaha lebih keras lagi pada musim depan untuk menundukkan Chelsea

Kemenangan Chelsea sebagai juara Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan mata yang agak besar pastinya membuatkan pengurus kedua-dua pasukan, Arsene Wenger dan Sir Alex Ferguson memerah otak mencari formula berkesan untuk mengekang kemaraan Chelsea bersama 'sugar-daddy'nya, Roman Abramovich. Adakah Malcolm Glazer yang baru membeli kelab terkaya dunia itu bakal menjadi 'sugar-daddy' untuk Manchester United pula? Ataupun ia bakal menandakan era kejatuhan empayar Sir Alex Ferguson selama hampir 2 dekad? Kena la tunggu season baru start nanti. *Sementara tu, AF3 kan ada.. hehehe..*

________________________________________________


The Flying Finn


Image hosted by Photobucket.com
Kemenangan di Monaco yang penuh dengan tradisi dan merupakan GP yang penuh glamour merupakan impian setiap pelumba F1

Kimi Raikkonen menang untuk kali ke-2 berturut² selepas berjaya menempatkan keretanya di kedudukan pole position untuk kali ke-3 berturut². Beliau telah mencatatkan pusingan terpantas demi pusingan terpantas pada awal saingan untuk menjarakkan dirinya dari pemandu di kedudukan tempat ke-2 ketika itu, Fernando Alonso. Saingan yang dijangkakan sengit dari pasukan Renault rupanya tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua pelumba mereka, Fernando Alonso dan Giancarlo Fisichella menghadapi masalah tayar. Sebaliknya, pasukan Williams yang selama ini tidak begitu menonjol, berjaya menempatkan kedua-dua pemandu mereka, Nick Heidfeld dan Mark Webber di kedudukan podium ke-2 dan ke-3.

Image hosted by Photobucket.com
MP4-20 dikatakan pakej terbaik ketika ini tetapi McLaren tidak boleh berasa lega kerana kereta mereka diketahui sering mengalami masalah teknikal

Masalah yang melanda pasukan Ferrari masih lagi menghantui mereka. Kegagalan menempatkan kereta di kedudukan yang baik ketika kelayakan merupakan masalah utama mereka kerana kelajuan kereta F2005 memang tidak dinafikan lagi apabila Michael Schumacher sekali lagi berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di litar Monaco ini. Peraturan baru berhubung kelayakan yang bakal diumumkan dijangka sedikit sebanyak dapat membantu Ferrari kerana peraturan ini menyatakan tiada lagi 2 pusingan kelayakan, hanya bakal terdapat 1 pusingan kelayakan seperti musim lepas.

Pusingan seterusnya iaitu European GP akan berlangsung di litar Nurbugring, German pada hujung minggu ni. Adakah Raikkonen akan terus merapatkan kedudukannya dengan pendahulu mata keseluruhan ketika ini, Fernando Alonso? Ataupun mungkin Michael Schumacher akan muncul kembali memberi saingan pada 2 pelumba muda terhebat ini?

Friday, May 20, 2005

Kecik - Beso - Besorrrrrr..

Masa kecik, kecik. Besor sket, besor. Dah besor, besorrrrr... hahahaha.. Tengah lepak² baca sokkabor tadi aku tertengok gambor lama aku dgn adik aku. Mungkin 22 tahun yang lepas. Masa memang banyak mengubah manusia. Memang tidak dinafikan itu.. dalam pelbagai cara. Antaranya, physically.. huhu..

Image hosted by Photobucket.com

________________________________________________

Mesti tengok

Weekend ni ada 2 event sukan yang menarik untuk dilayan sama ada bersama rakan², keluarga, mahupun sorang². Pertama sekali ialah final English FA CUP antara Arsenal & Manchester United yang akan disiarkan secara langsung di Astro pada pukul 10 malam Sabtu nih. (Silap² aku kena tengok ulangan je la kalau diorang nak layan Konsert Prelude AF3. Arghhhh..)

Image hosted by Photobucket.com
Pires dengan gaya silat, Rooney dengan gaya 'Drunken Master'
*Nak rebut bola sebijik punya pasal*

Anyway, aku predict satu perlawanan yang sengit dan penuh tekanan baik pada pemain, coach, refferee, mahupun penonton di rumah. Biasala tu kalau Manchester United lawan Arsenal. Macam² benda boleh berlaku. Awal season haritu diorang boleh main baling² pizza & sup sesama sendiri lepas abis match. Lepas pada kejadian tu, mana² venue yang akan stage diorang lawan tidak dibenarkan lagi menyediakan menu pizza & sup dan apape je yg melekit. Antara menu yang disyorkan adalah roti sandwich telur. Elok ler tu.. Ok, cukup la tu aku melalut. Prediction aku, normal time seri 2-2. Extra time Rooney akan score untuk kemenangan kepada Manchester United, 3-2.

Satu lagi event menarik ialah Formula 1 GP Monaco. Siaran langsung di Astro Star Sport, tapi aku prefer tengok kat 8TV pasal commentator Star Sport selalu tak accurate laporan diorang. Live feed untuk 8TV datang dari ITV, UK. Commentator dia bagus sebab ada Martin Brundle (ex-F1 pilot). TAPI, yang sorang lagi tu, James Allen.. adei laa.. tak larat aku. Susah aku nak describe. Senang cerita, orang siap buat petition online untuk singkirkan dia dari jadi commentator untuk F1 kat ITV tu. Go figure!

Image hosted by Photobucket.com
Fernando Alonso - Terpantas pada sesi ujian semalam dan juga sedang mendahului pungutan mata keseluruhan kategori pemandu

Untuk F1 kali ni, kalau tengok time untuk Thursday Free Practice (biasanya Friday Free Practice, tapi GP Monaco memang unik sket - Hari Khamis practice, hari Jumaat bleh ada off-day plak), aku rasa team yang bakal bersaing sengit adalah Renault dan McLaren. Bagaimana pula dengan Ferrari? Kereta baru Ferrari iaitu F2005 sebenarnya memang power. Kemampuan kereta Ferrari ni boleh dilihat apabila mampu mencatatkan masa ke-2 terpantas di GP Sepanyol dan masa terpantas di GP San Marino. Namun begitu, nampak gayanya Ferrari masih ada masalah dengan keserasian kereta-tayar diorang. Especially suhu panas yang kebiasaannya bagi advantage untuk Michelin runners. Bridgestone masih lagi tak boleh produce tayar yang boleh perform straight from lap 1. Jadi, kemungkinan qualifying bakal membawa masalah untuk Ferrari. Kat street circuit macam Monaco ni, kalau tak dapat qualify kat depan, memang susah la nak menang atau naik podium pasal tempat untuk overtake boleh katakan takdek (kecuali la overtake keter yang rosak/eksiden) Kalau ada pun, overtake masa orang pit. Podium prediction: 1-Alonso, 2-Raikkonen, 3-Fisichella.

________________________________________________

tidoooo...!

Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, May 18, 2005

Suatu Malam di Uptown

Kalau pegi Uptown malam² tu biasa lah, mesti nak pegi makan. Dah lama aku tak pegi makan kat sana. Kebetulan ada satu malam tu, aku lepak dgn member² aku lepas tu diorang ajak makan kat sana. Sebelum tu, pukul 8:30 dah makan dah. Makan nasik lemak kat Jalan Telawi. Tak sedap ler pulak! Abistu diorang ajak makan kat Uptown, aku okke kan aje ler.. hehe.


Image hosted by Photobucket.com
Kelihatan 2 orang pemuzik jalanan sedang beraksi dengan tekunnya

Lepas pusing² nak cari parking yang paling dekat, dalam pukul 10 kitorang pun duduk ler kat salah sebuah gerai kat sana. Lebih kurang je. Takde beza sangat dengan pengunjung²nya. Tapi gerai² makan nampak makin bertambah kalau tak silap aku. Makanan biasa la. Kalau kena gerai yang sedap makanan dia tu, sedaplah. Nak kata special tu susah la nak cari. Best lagi kalau dapat makan seafood kat Bagan Lalang. Cakap pasal Bagan Lalang, actually kat KL pun banyak restoran seafood. Tapi yang bestnya makan kat sana tu sebab suasana kat tepi laut tu. Tak boleh sama punya la. Dengan angin bayu lautnya, bau air laut lagi. Pastu pulak semestinya lah makanan²nya fresh. Takdek yang bleh lawan makanan² yang fresh. Masakla sedap macam mana pun, kalau bahan² dia tak fresh, sure takkan lengkap. Mak aku selalu cakap, kalau ikan/ayam/udang etc tu segar, insya-Allah sedap la masakan tu. Kalau yg dah lama dok lam peti ais, alamat kurenglah jadiknya nanti.

Tulah, dalam banyak² benda aku nak cerita, aku boleh bukak entry pasal makan. Ni semua lapor punya pasal. hahaha.. betapa perutku sedang mempengaruhi pikiranku. Mungkin sebab tu lah orang tua² kata, kalau nak keluar rumah/nak pegi mana², kalau makanan dah sedia, makanla dulu walau sedikit. Kalau ikut kata orang tua², nanti akan jadi benda tak baik. Tulah dianya, sebenarnya sebab kita lapar, takut pikiran kita ni dok terpikir makanan kat rumah tadi. Sampai boleh terganggu konsentrasi hal² lain. Kira betul la jugak tu agaknya. Memang orang tua² kita pandai. Mungkin zaman dulu takdek banyak sangat benda nak pikir/buat. Tu yang diorang boleh pikir macam² termasuklah benda² yg saintifik. Cuma penjelasan diorang idak ler saintifik ;)

________________________________________________

KL Sentral

Image hosted by Photobucket.com
Antara sudut menarik di KL Sentral

Siang tu aku pusing² area KL Sentral kejap. Area kedai² kat bawah tu aku tengok agak menarik binaan dia. Kedai dia biasa je, tapi binaan luaran dia diorang guna kayu yang direka-letak dengan kreatif. Cun.

Tuesday, May 17, 2005

An Evening in Kualer..

Lama tak pegi pekena cendol kat lembah. Nak ajak Ije, dia pegi KL pulak. Ceh pegi KL senyap² tak kasitau aku. Ingatkan pegi dating. Rupanya dia ada exam apa ntah. Tak faham plak masa dia cakap on the phone tadi. Takpela, balik nanti aku tanya betul². Last² lepak kat tepi sungai tu. Sambil² menembak. Ye la, time paling bagus nak menembak ni adalah pada waktu pagi dan petang. Time tu cahaya dalam keadaan paling sesuai. Hehe
*Click on thumbnail for larger image*

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan ke Jeti Sayong Lembah

Image hosted by Photobucket.com
Boleh nampak menara Istana Iskandariah dari jeti bot ni
________________________________________________

Ije
Sekarang ni aku selalu jugak lepak dengan dia. Classmate aku dari tahun 1991-1993. Kelas 1RK, 2RK, 3RK. Dia dulu belajor kat UiTM Shah Alam ambik course Pharmacuetical kalau tak silap aku la. Skang ni kejer kat makmal pejabat kesihatan kat Ipoh. Kalau ada outbreak contohnya malaria ke, dia bz la buat test itu dan ini. Kalau tak, dia lepak kat ofis main ym je la. Hehehe. Kat Kualer dia berniaga jual perfume kat lembah. Dia nak kawen ujung tahun ni.

Image hosted by Photobucket.com
Ije dengan gaya 'Ctrl + M'
________________________________________________

Kedai Cermin

Ada satu bangunan kedai cermin. Walaupun kedai cermin(yang memang ada jual tingkap cermin pelbagai fesyen), tapi tingkap dia ntah dah berapa puluh tahun tak tukar². Anyway, aku suka tengok kedai² macam nih. Kat Kualer ni banyak lagi yang macam ni. Kat KL pun ada, tapi banyak juga yg dah diubah-suai. Bagus jugak sebab diorang ubah-suai sikit² je. Masih mengekalkan struktur utama bangunan yang memang klasik tu.
*Click on thumbnail for larger image*

Image hosted by Photobucket.com
________________________________________________

Sungai Kangsar

Yang bawah ni pulak gambar jambatan nak pegi ke Bukit Chandan yang juga terletaknya istana rasmi Sultan Perak. Sungai yang mengalir kat bawah ni ler namanya Sungai Kangsar. Sungai yang ke-99 dalam negeri Perak. Sebab dia tak cukup satu nak jadi 100, maka ia telah dinamakan Sungai Kangsar. Kangsar bermaksud "kurang satu". Ok la tu. Sejarah sket. Boleh tahan gak la sungai ni. Masih boleh diredah, tapi nak menyelam idak ler. Tahap pencemaran mungkin pada tahap sekitar 20%. Ok la, walaupun sepatutnya jangan la kasi tercemar langsung kan. Abistu dah diorang halakan longkang2 semua ke situ. Nak buat cemaner! Contoh terbaik(atau terburuk?) adalah Sungai Klang/Sungai Gombak. Kalau ada ikan kat dalam tu pun mesti dah bermutasi jadi binatang baru yang saintis belum daftar lagik. huhh..
*Click on thumbnail for larger image*

Image hosted by Photobucket.com
________________________________________________

Finally

1st entry aku kat blogspot - An Evening in Kualer.. Aku dah register blogspot since 10 May 2004. Baru hari ni aku buat proper entry. 'Akhirnya'. Motif? Saje nak cuba benda ni. Kalau best, bagus la sebab mesti seronok. Tapi tu la, hampir semua benda dalam dunia ni sebest mana atau seseronok mana pun, satu hari nanti akan datang jugak hari yang akhirnya kita dah rasa tak seronok lagi atau kurang seronok at least. Maknanya? Enjoy it while it lasts!

-end-